CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, March 23, 2008

Kenangan Bersama



Kenangan Bersama Anak-anak Yatim di Rumah Pertubuhan Rumah Anak-anak Yatim Islam Sabak Bernam 23-24 Fabuari 2008.

Kami (5 group) dikehendaki menjalankan aktiviti di rumah anak-anak yatim atau rumah orang tua-tua bagi memenuhi kehendak kursus BBM3206 (Bahasa dalam Multimedia) di bawah kelolaan Dr. Normaliza Abd Rahim.
Kami memilih rumah anak-anak yatim ini disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak dapat dinyatakan. Yang pastinya faktor ini memberi serampang banyak mata yang melihat. hehehe.. Selama 2 hari di sana, kami berkongsi segalanya dengan anak-anak yatim tersebut..

Group remix, Diamanahkan untuk menjalankan aktiviti gotong-royong bersama-sama. Yang bestnya, adik-adik penghuni rumah ini sangat sporting. Mereka turut serta dalam semua aktiviti yang kitaorang jalankan. antaranya; sukaneka,motivasi, senamrobik, diskusi atau pengajaran Bahasa Melayu.

Yang paling menyentuh hatinya, bila kami semua melihat mereka beratur mengambil makanan dan makan bersama-sama mereka. Hati kami tercuit bila terkenangkan adik-adik di situ, tiada apa yang dibualkan, dan tiada tawa-riang bila mereka menghadap makanan, dan menjamah hidangan. Sedangkan dalam keluarga kami/kita semua, ada gelak-tawa, sembang-sembang bersama ahli keluarga semasa menghabiskan juadah hidangan. Mungkin jua mereka berfikir dan mengenangkan nasib mereka, yang telah disebabkan oleh dugaan dan kehendak Allah SWT.

Bila kitaorang nak berangkat pulang, ada adik-adik yang menyatakan, "abang!! tayar kereta abang akan pancit kat depan sana". Pernyataan mereka itu, menggambarkan bahawa mereka dahagakan kasih sayang daripada kami semua dan seluruh anggota masyarakat. Mereka seolah-olah tak mahu kami pulang, dan mengharap kami duduk bersama mereka, mendengar segala luahan mereka, dan berkongsi segalanya, seperti ahli keluarga lain yang ada dan punya segalanya. "Ibu, ayah, abang, kakak, dan adik yang menyayangi"

----------------------------Komen

Sebagai Masyarakat yang prihatin, bantulah mereka.. Mereka mengharapkan kita untuk menempuhi dan menjalani hidup mereka. Sebagai manusia biasa yang punya hati dan perasaan, mereka mendamba kasih seorang ibu, mengharap sayang seorang ayah, dan mengidam keluarga yang bahagia seperti kita. Untuk itu, selagi kita ada upaya, bantulah mereka dengan apa jua keringat. InsyaAllah semua itu akan dibalas oleh Allah SWT.

Bagi mereka yang punyai ibu dan ayah, sayangilah mereka sementara mereka masih ada dihadapan mata kita. Jangan sekali-kali menderhakai mereka, walaupun berkata "Ah", kerana sepanjang perjalanan hidup kita tidak akan dirahmati oleh Allah. dan Ingatlah!! Syurga itu dibawah tapak kaki mereka.. Yakni keredhaan kedua ibu bapa itu akan menentukan kita untuk ke Syurga.. Bagi mereka yang tak punya ayah atau ibu atau kedua-duanya, kirimkanlah doa untuk kesejahteraan mereka di sana. Semoga kita tergolong dalam kalangan anak-anak yang Soleh...

0 comments: