CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, March 23, 2008

Lagu Pilihan

Kenangan Terindah
Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena,
Cinta yang telah hilang darimu
yang mampu menyanjungku
Selama mata terbuka
sampai jantung tak berdetar
Selama itu pun aku mampu untuk mengenangmu
Darimu..... Ku temukan hidupku.....
Bagiku..... Kaulah cinta sejati.....
Yeahh huuuuuuu........
-----Corous-----
Bila yang tertulis untukku
adalah yang terbaik untukmu
kan kujadikan kau kenangan
yang teridah dalam hidupku
namun takkan mudah bagiku
meninggalkan jejak hidupku
yang telah terukir abadi
sebagai kenangan yang terindah
----------(",) (",)----------

Kenangan Bersama



Kenangan Bersama Anak-anak Yatim di Rumah Pertubuhan Rumah Anak-anak Yatim Islam Sabak Bernam 23-24 Fabuari 2008.

Kami (5 group) dikehendaki menjalankan aktiviti di rumah anak-anak yatim atau rumah orang tua-tua bagi memenuhi kehendak kursus BBM3206 (Bahasa dalam Multimedia) di bawah kelolaan Dr. Normaliza Abd Rahim.
Kami memilih rumah anak-anak yatim ini disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak dapat dinyatakan. Yang pastinya faktor ini memberi serampang banyak mata yang melihat. hehehe.. Selama 2 hari di sana, kami berkongsi segalanya dengan anak-anak yatim tersebut..

Group remix, Diamanahkan untuk menjalankan aktiviti gotong-royong bersama-sama. Yang bestnya, adik-adik penghuni rumah ini sangat sporting. Mereka turut serta dalam semua aktiviti yang kitaorang jalankan. antaranya; sukaneka,motivasi, senamrobik, diskusi atau pengajaran Bahasa Melayu.

Yang paling menyentuh hatinya, bila kami semua melihat mereka beratur mengambil makanan dan makan bersama-sama mereka. Hati kami tercuit bila terkenangkan adik-adik di situ, tiada apa yang dibualkan, dan tiada tawa-riang bila mereka menghadap makanan, dan menjamah hidangan. Sedangkan dalam keluarga kami/kita semua, ada gelak-tawa, sembang-sembang bersama ahli keluarga semasa menghabiskan juadah hidangan. Mungkin jua mereka berfikir dan mengenangkan nasib mereka, yang telah disebabkan oleh dugaan dan kehendak Allah SWT.

Bila kitaorang nak berangkat pulang, ada adik-adik yang menyatakan, "abang!! tayar kereta abang akan pancit kat depan sana". Pernyataan mereka itu, menggambarkan bahawa mereka dahagakan kasih sayang daripada kami semua dan seluruh anggota masyarakat. Mereka seolah-olah tak mahu kami pulang, dan mengharap kami duduk bersama mereka, mendengar segala luahan mereka, dan berkongsi segalanya, seperti ahli keluarga lain yang ada dan punya segalanya. "Ibu, ayah, abang, kakak, dan adik yang menyayangi"

----------------------------Komen

Sebagai Masyarakat yang prihatin, bantulah mereka.. Mereka mengharapkan kita untuk menempuhi dan menjalani hidup mereka. Sebagai manusia biasa yang punya hati dan perasaan, mereka mendamba kasih seorang ibu, mengharap sayang seorang ayah, dan mengidam keluarga yang bahagia seperti kita. Untuk itu, selagi kita ada upaya, bantulah mereka dengan apa jua keringat. InsyaAllah semua itu akan dibalas oleh Allah SWT.

Bagi mereka yang punyai ibu dan ayah, sayangilah mereka sementara mereka masih ada dihadapan mata kita. Jangan sekali-kali menderhakai mereka, walaupun berkata "Ah", kerana sepanjang perjalanan hidup kita tidak akan dirahmati oleh Allah. dan Ingatlah!! Syurga itu dibawah tapak kaki mereka.. Yakni keredhaan kedua ibu bapa itu akan menentukan kita untuk ke Syurga.. Bagi mereka yang tak punya ayah atau ibu atau kedua-duanya, kirimkanlah doa untuk kesejahteraan mereka di sana. Semoga kita tergolong dalam kalangan anak-anak yang Soleh...

Wednesday, March 12, 2008

Sudahkah Anda Bersedia

Tanda-tanda yang menunjukkan kiamat makin hampir

-Sembahyang diringan-ringankan (diabaikan)

-Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan
melalui gambar, iklan, buku, risalah atau filem

-Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil
mengenai agama dan memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

-Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar.
Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram
kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

-Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan
menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

-Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

-Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan
hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa
tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

-Turun hujan di lular musimnya dan hujan tidak memberi
keuntungan kepada makhluk lain.

-Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual)
dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian)
semakin menjadi-jadi.

-Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna,
sihir dan amalan syaitan lain.

-Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu-bapa.
(ibu-bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

-Kawan baik dilayan kasar, manakala musuh diberi layanan baik.
kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta
memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

-Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti
zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan,
meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

-Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan
banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

-Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura.
Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah
tetapi diluar sembahyang melanggar perintah-Nya.

-Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka
yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti
mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

-Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan
dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

-Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

-Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan,
peperangan dan jenayah.

-Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan
tidak mahu membela serta menyebarkannya.

-Akan bertambah banyak penyanyi wanita
(wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

-Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan
melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan
yang miskin bermaksud meminta sedekah.

---------------Komen--------------
Adakah kita bersedia untuk terima hadirnya hari kiamat?
Nabi kita dah mengingatkan kita tentang ini
Bersedialah wahai saudara-saudaraku...
Jadilah hamba-Nya yang bertaqwa...
Jangan sekali-kali melakukan larangan-Nya...
Kerana
Kiamat akan tiba bila sampai waktunya...
Tak akan lambat atau cepat walau sedetik...

Susu Ibu Penawar Alergi

SI MANJA yang asyik meragam dan menangis sepanjang hari pastinya menimbulkan rasa kebimbangan si ibu.
Keadaan itu mungkin disebabkan si manja berasa tidak selesa sama ada kerana kembung perut, gatal-gatal, ruam pada kulit mahu pun hidung berair.. Gejala sebegini kebiasaannya adalah berpunca daripada alergi atau alahan.
Alergi berasal daripada perkataan Greek iaitu ‘allon argon’ (to react differently) iaitu reaksi abnormal di dalam tubuh. Ia adalah keadaan di mana tubuh kanak-kanak yang hiper-sensitif kepada bahan-bahan asing yang dipanggil antigen. Sebarang antigen yang menyebabkan reaksi alergi dipanggil alergen.

Pakar Kanak-kanak di Klinik Pakar Kanak-kanak Saiful, Bangi, Selangor, Dr. Saiful Bahri Jaudin berkata, bayi atau kanak-kanak cenderung mengalami alergi sejak lahir atau ketika dalam proses tumbesarannya kerana sistem ketahanan badannya masih tidak matang seperti orang dewasa. Keadaan ini menyebabkan tubuh si manja bertindak balas di luar kebiasaan apabila terdedah kepada bahan-bahan asing yang menjadi alergen.

“Bahan-bahan itu mungkin boleh jadi makanan seperti susu, kacang, telur, makanan laut atau mungkin juga ubat tertentu termasuk sesetengah antibiotik.
“Sesetengah kanak- kanak juga mengeluarkan reaksi melampau terhadap bahan-bahan luaran seperti debu, asap, bulu binatang, debunga, hama atau udara tercemar seperti jerebu.
“Ini dapat dilihat dalam sesetengah penyakit alergi yang melibatkan saluran pernafasan seperti asma atau lelah,” kata Dr. Saiful.

Menurut beliau lagi, reaksi imunologi (tidak tahan daya penyakit) berlaku apabila tubuh terdedah kepada molekul-molekul asing yang kemudiannya melekat kepada antibodi IgE.
Molekul-molekul ini seterusnya bercantum pada sel mast, iaitu sel yang terlibat dalam reaksi alergi yang akan merembeskan bahan-bahan menyebabkan timbulnya gejala-gejala alergi.
“Bahan-bahan reaksi alergi yang dirembeskan oleh badan adalah Histamin, prostaglandin, leucotrine dan Cytokines,” katanya.

Menurut Dr. Saiful, gejala yang paling kerap terjadi adalah ruam pada kulit dan gatal, selain tanda lebih bahaya seperti susah bernafas yang memerlukan rawatan segera.
Gejala alahan ini boleh dikenal pasti daripada hampir keseluruhan sistem di dalam badan sama ada secara umum atau spesifik. Ia termasuklah di kawasan permukaan kulit menjadi kering dan gatal-gatal, saluran pernafasan menjadi ketat dan hidung tersumbat atau bersin.
Manakala alergi pada bahagian dalaman pula seperti bengkak, pengeluaran lendir pada saluran pernafasan dan pengembangan saluran darah yang menyebabkan kawasan kulit menjadi kemerahan.

“Kebanyakan reaksi alergi boleh dianggap ringan, tetapi ada juga yang mengalami reaksi teruk sehingga boleh menyebabkan tekanan darah rendah, pitam atau pengsan dan saluran nafas menjadi bengkak, seterusnya membawa maut jika tidak dirawat,” katanya.
Kebanyakan kanak-kanak akan bebas daripada sesetengah alergi apabila mereka mencapai umur persekolahan, akan tetapi ramai juga yang mengalaminya sehingga dewasa.
Menerangkan tentang risiko alergi di kalangan kanak-kanak, Dr. Saiful berkata, mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang mengalami alergi berisiko tinggi untuk mengalami penyakit ini.

‘‘Sekiranya salah seorang daripada ibu atau bapa mempunyai alahan, risiko bagi bayi atau kanak-kanak akan mengalami alergi adalah anggaran 20 hingga 40 peratus.
“Selain daripada faktor genetik, si manja tetap berisiko untuk mengalami alahan iaitu lebih kurang lima hingga 15 peratus disebabkan faktor-faktor tertentu seperti sistem ketahanan badan yang tidak matang, tempoh penyusuan susu ibu yang singkat dan pendedahan awal terhadap susu formula,”
Menurutnya lagi, sekurang-kurangnya enam bulan pertama selepas kelahiran, bayi perlu mendapat penyusuan susu ibu secara eksklusif kerana susu ibu adalah susu hipoalegenik.
“Susu ibu bersih dan bebas bakteria. Selain itu, ia mengandungi anti jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan penyakit. Susu ibu juga mengandungi sel darah putih hidup (leucocytes) yang membunuh bakteria dan antibodi (immunoglobulins) bagi menentang jangkitan penyakit biasa sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri,” katanya.
Namun, tidak dinafikan ada juga sebab-sebab tertentu menyebabkan susu ibu tidak dapat diberi pada bayi, jadi alternatif terbaik adalah dengan memberikan bayi susu hipoalegenik (formula) bagi mengurangkan risiko alergi.

Rawatan
Kebiasaannya rawatan terhadap kanak-kanak yang mengalami alergi diberi mengikut jenis alergi.
“Sekiranya hanya gatal pada kulit dan kelihatan merah atau alahan biasa sahaja, kanak-kanak hanya akan diberi ubat anti alergi untuk dimakan dan ubat sapu.
“Namun, alergi yang agak teruk seperti sukar untuk bernafas, kemungkinan besar kanak-kanak tersebut akan ditahan di wad dan mendapat suntikan anti alergi,” katanya.
Walaupun kini terdapat rawatan yang berkesan, tetapi pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati.
Pencegahan daripada alergi di kalangan bayi dan kanak-kanak sangat penting ketika mereka di dalam kandungan ibu lagi.
‘‘Pengambilan diet yang sihat semasa mengandung dan ketika tempoh penyusuan juga amat penting bagi mencegah bayi daripada mendapat alahan,’’ katanya.
Tambah beliau, susu ibu merupakan pencegahan utama daripada alergi. Dengan memberi susu ibu sepenuhnya kepada bayi yang baru lahir semasa enam bulan pertama kelahirannya, dapat mengelakkan kanak-kanak mendapat alahan.

‘‘Memberi makanan tambahan hanya selepas enam bulan kelahiran dan memulakan makanan yang tidak mendatangkan alergi terlebih dahulu seperti nasi, lobak merah, pear, epal dan prun.
“Ini kerana alahan juga boleh disebabkan udara iaitu melalui saluran pernafasan serta perut iaitu usus yang mencerna makanan,’’ katanya.
Sementara itu, ibu bapa perlu menjaga kebersihan persekitaran di dalam dan luar rumah bagi mengurangkan alergi kepada habuk dan hama.

Saudaraku Maisarah


Harap Adik Peluk Islam...


Satu perasaan yang sukar diungkap dan digambarkan tatkala menerima berita bahawa bapa dan adik-adiknya telah mengikut jejak langkah ibu dan dirinya.
Bapanya, Ahmad Chang dan adik-adiknya, Nurazziyati, 20, Muhammad Adam, 16, Nurhusnina, 10 dan Muhammad Afiq, 8, memeluk Islam serentak di Pusat Islam Paroi, Negeri Sembilan.
Menurut Nurmaisarah Chang, 21, berita gembira itu diterimanya selepas beberapa bulan dia dan ibunya memeluk Islam. “Ini adalah hadiah yang tidak ternilai dalam hidup saya. Boleh dikatakan seluruh ahli keluarga saya memeluk Islam selepas saya dan ibu,” katanya dalam pertemuan dengan Mega, baru-baru ini.

Anak kelahiran Seremban ini turut mengakui, apa yang memeranjatkan dia mahu pun ibunya, masing-masing tidak mengetahui siapa yang terlebih dahulu terbuka hati untuk memeluk Islam.
“Saya hanya mengetahui tentang pengislaman ibu semasa di kampung sewaktu pulang bercuti selepas seminggu saya memilih Islam. Semua ahli keluarga yang lain juga tidak mengetahui tentang penghijrahan ibu termasuklah bapa. “Ibu menyembunyikan perkara itu sehinggalah saya dapat mengetahuinya semasa bercuti. Itupun secara kebetulan sahaja,” jelasnya.

Menurut penuntut tahun dua Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini, ibunya amat berhati-hati terutama apabila tiba waktu untuk makan.
“Ibu hanya makan nasi dan tidak menyentuh lauk-lauk yang lain. Ini menyebabkan saya kehairanan lantas bertanya kepada ibu semasa kami duduk berbual, adakah dia juga seperti saya dan ibu mengakuinya. “Betapa gembiranya kami saat itu dan ia sukar untuk diungkapkan kerana kami kini sama-sama telah memilih satu jalan yang diredai Allah iaitu Islam,” jelasnya.
Menurut Maisarah, ibunya terlebih dahulu menghidu tentang penghijrahannya itu melalui perwatakan dan tingkah lakunya yang berlainan daripada kebiasaan.

“Satu hari, ibu bertanya kepada saya, kamu masuk Islam ya, saya hanya tersenyum pada ibu dan saya terkejut apabila ibu langsung tidak memarahi saya. Rupa-rupanya ketika itu ibu juga telah memeluk Islam,” ujar anak sulung daripada enam beradik ini lagi.
Menurut Maisarah, selang beberapa bulan selepas itu, bapa dan adik-adiknya yang lain turut memeluk Islam. “Saya sangat bersyukur kerana kaum keluarga dan saudara mara kami dapat menerima perubahan keluarga kami. “Kami tetap menyambut Tahun Baru Cina dan tetap pulang ke kampung untuk menyambutnya seperti biasa. Kini, kami menyambut dua perayaan setiap tahun, Hari Raya dan Tahun Baru Cina,” katanya. Menurut gadis ini lagi, walaupun salah seorang adiknya tidak memeluk Islam, ia tidak menjadi masalah kepada mereka sekeluarga.
“Cuma adik saya yang berumur 18 tahun sahaja yang masih belum mengikut jejak langkah kami. Saya sentiasa berdoa semoga suatu hari nanti dia juga turut menerima hidayah seperti kami,” jelasnya.

Bagaimanapun, kata Maisarah, hubungan mereka masih seperti dulu dan tidak berubah. “Kadang-kadang, dia yang mengingatkan kami untuk bersolat. Kami tidak pernah memaksanya untuk berubah kerana itu adalah pilihannya. “Apa yang boleh kami lakukan cuma berharap dan sentiasa berdoa semoga suatu hari nanti dia memeluk Islam seperti kami,” katanya.
Menceritakan detik penghijrahannya, menurut Maisarah, dia berkawan rapat dengan seorang senior di UKM yang selalu bercerita tentang Islam kepadanya. Sebelum ini, katanya, dia memandang Islam sesuatu yang melecehkan kerana perlu bersolat dan menutup aurat serta perkara-perkara lain yang perlu dilakukan oleh umatnya.“Saya hanya terfikir untuk menganut agama Islam ini jika saya berkahwin dengan lelaki yang beragama Islam dan jika tidak, saya tetap dengan agama saya iaitu Buddha.

“Namun Allah membuka pintu hati saya terhadap Islam selepas mendengar cerita-cerita yang disampaikan oleh senior saya, Kak Sabrina,” katanya.
Menurutnya lagi, Sabrina menjadi tempatnya mengadu dan tempat untuk meluahkan perasaan serta segala kerunsingan. “Melaluinya saya mengenali sedikit sebanyak tentang Islam dan dia memperkenalkan saya dengan seseorang yang banyak mengislamkan pelajar-pelajar UKM sebelum ini. “Beliau ialah seorang pegawai di Kementerian Pelajaran dan saya memanggilnya dengan panggilan Ustaz Azrai. Kini, saya menjadi anak angkat Ustaz Azrai dan beliau banyak membimbing saya tentang Islam,” tambahnya. Selepas memeluk Islam, Maisarah mengakui bahawa kini hidupnya sangat berbeza malah semakin teratur.

“Dulu, jiwa saya seakan-akan kosong dan tidak ada arah tuju berbanding selepas memeluk Islam, ketenangan itu saya peroleh dan hidup semakin teratur dan bermakna.
“Pergaulan dengan rakan-rakan juga turut berubah di mana sebelum Islam saya bebas bergaul dengan lelaki bukan mahram namun kini saya telah hadkan diri saya dan membataskan setiap perbuatan agar tidak terpesong dari agama Islam,” ujarnya yang memeluk Islam pada Februari 2007.

Menurutnya, dia banyak belajar solat daripada Sabrina selain dari menghadiri kursus di bawah anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
“Saya juga telah mula berpuasa sebelum memeluk Islam lagi kerana terikut-ikut dengan rakan-rakan yang beragama Islam dan ia juga merupakan salah satu cara saya menghormati mereka,” katanya. Sebenarnya, kata Maisarah, sejak kecil dia telah terdedah dengan budaya orang Melayu dan Islam jadi apabila telah memeluk Islam, ia tidak menjadi satu bebanan kepada saya.
“Tetapi, biasalah kalau baru memeluk Islam, kesukarannya tetap ada dan saya menerimanya sebagai satu cabaran dan berusaha untuk memperbaikinya dari semasa ke semasa,” katanya.
Maisarah mengakui setelah memeluk Islam rezekinya semakin bertambah dan dirinya seolah-olah dilindungi.

INFO KESIHATAN


SAKIT BUAH PINGGANG-Adakah Kita mengetahuinya....

BUAH pinggang atau ginjal mungkin bukan organ tumpuan apabila membincangkan penyakit kronik yang membahayakan nyawa. Namun, perlu disedari bahawa organ penapis bahan kumuh badan ini memainkan peranan yang amat penting dalam menjaga keseimbangan beberapa fungsi badan dan organ lain.
Untuk meningkatkan kesedaran risiko penyakit buah pinggang kepada orang ramai, Hari Buah Pinggang Sedunia mula diadakan sejak 2006, pada hari Khamis kedua bulan Mac setiap tahun. Hasil inisiatif bersama Persatuan Nefrologi Antarabangsa (ISF) dan Persekutuan Yayasan Buah Pinggang Antarabangsa (IFKF), sambutan hari berkenaan juga untuk menggalakkan pencegahan dan pengesanan awal masalah buah pinggang.
Dianggarkan lebih 500 juta penduduk dunia atau kira-kira 10 peratus golongan dewasa kini mengalami masalah buah pinggang atau penyakit buah pinggang kronik (CKD) dengan kira-kira 2,500 pesakit baru mengalami masalah buah pinggang dan memerlukan rawatan dialisis setiap tahun di Malaysia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan bilangan kes CKD perlu diturunkan sebanyak dua peratus untuk setiap tahun bagi 10 tahun akan datang dengan meningkatkan kesedaran umum tentang pentingnya pengesanan awal dan langkah pencegahan penyakit buah pinggang.
Langkah ini diharapkan dapat mengelakkan sejumlah 36 juta kematian akibat masalah buah pinggang dalam tempoh berkenaan. Dengan tema ‘buah pinggang yang mengagumkan’ tahun ini, diharap dapat menekankan betapa pentingnya peranan buah pinggang yang menapis dan membersihkan 200 liter darah setiap hari.
Antara faktor meningkatkan risiko CKD adalah, pesakit diabetes mellitus atau hipertensi, berat badan berlebihan atau obes, menghisap rokok, umur melebihi 50 tahun atau mempunyai sejarah keluarga dengan diabetes mellitus, hipertensi dan penyakit buah pinggang. Mereka yang mempunyai faktor-faktor risiko ini perlu menjalani pemeriksaan berkala bagi memastikan buah pinggang sihat dan berfungsi dengan baik. CKD boleh dikesan dengan ujian mudah terhadap air kencing bagi menguji tahap kreatinine, tahap penapisan dan kehadiran protein albumin.
Dengan adanya diabetes atau hipertensi, atau kedua-duanya sekali, CKD mungkin akan menjadi lebih teruk sehingga membawa kepada kegagalan fungsi tahap akhir buah pinggang. Jika ini berlaku, pesakit hanya mempunyai dua pilihan sama ada menjalani rawatan dialisis (mencuci darah) atau pemindahan buah pinggang.
Tempatan
Ketua Perkhidmatan Nefrologi, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Ketua Jabatan Perubatan Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr. Rozina Ghazalli menjelaskan CKD adalah penyakit senyap yang berlaku tanpa disedari sehinggalah mencapai tahap akhir.
“Kerosakan berterusan yang berlaku pada buah pinggang sering terlepas pandang kerana tidak menyakitkan pada peringkat awal.
“Jika CKD berkembang kepada kegagalan buah pinggang peringkat akhir, pesakit terpaksa menanggung kos ubat yang tinggi sama ada melalui dialisis setiap minggu ataupun pemindahan buah pinggang,” katanya.
Dr. Rozina menegaskan, pendedahan kepada orang ramai tentang bahaya penyakit seperti diabetes dan juga CKD dapat membantu mengawal penularan penyakit kronik dalam jangka panjang.
“Rekod Pendaftaran Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia menunjukkan lebih 18,000 pesakit kini menjalani rawatan dialisis atau telah menjalani pemindahan buah pinggang.
“Lebih 57 peratus daripada bilangan pesakit buah pinggang berkenaan turut direkodkan mempunyai diabetes,” ujar beliau.
Dr. Rozina juga menegaskan, pendedahan maklumat penjagaan dan pencegahan penyakit buah pinggang kepada umum akan mengurangkan beban penyakit di samping beban psikososial dan ekonomi terhadap pesakit, keluarga, komuniti dan kerajaan.
Antara cara untuk menjaga dan mencegah penyakit buah pinggang adalah dengan mengawal tekanan darah, mengawal diabetes, gaya hidup sihat (pemakanan dan senaman), berhenti merokok, menjaga berat badan, minum sekurang-kurangnya dua liter air setiap hari dan mengelakkan mengambil ubat yang boleh merosakkan buah pinggang seperti ubat penahan sakit tertentu. Buah pinggang bukan sahaja berfungsi menapis dan membuang toksin dan air berlebihan di dalam badan malahan penting dalam menghasilkan hormon-hormon tertentu untuk membuah sel darah, mengawal tekanan darah dan mengekalkan tulang yang kuat.
Menurut Dr. Rozina, kegagalan buah pinggang juga boleh membawa kepada penyakit kardiovaskular.
“Setiap tahun, dianggarkan kira-kira 10 peratus pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan dialisis meninggal dunia.
“Kebanyakan daripada mereka bukan meninggal dunia akibat masalah buah pinggang, sebaliknya akibat penyakit jantung,” jelasnya.
Kata beliau, perkhidmatan nefrologi Kementerian Kesihatan juga telah memulakan Program Sayang Buah Pinggang sejak 2004 untuk memberikan pendedahan maklumat terkini kepada doktor dan jururawat.
Kos
Bagi Presiden Persatuan Nefrologi Malaysia (MSN), Dr. Tan Chwee Choon pula, program dan forum untuk kakitangan kesihatan ini juga berkesan dalam membantu menyampaikan maklumat kepada orang ramai.
“Dengan memberikan maklumat terkini kepada kakitangan kesihatan, pesakit boleh mendapatkan maklumat mengenai buah pinggang dengan lebih mudah dan tepat.
“Ini penting bagi memastikan pesakit dan juga doktor mendapat maklumat tepat mengenai CKD untuk memudahkan pengesanan dan rawatan awal,” jelasnya.
Tegas beliau, pencegahan dan rawatan awal penting kerana masalah buah pinggang perlu ditanggung untuk satu tempoh yang lama dalam hidup.
Selain itu, Dr. Chwee Choon turut menjelaskan, bilangan sebenar pesakit buah pinggang atau yang meninggal akibat buah pinggang sukar ditentukan.
“Ramai pesakit buah pinggang meninggal akibat sakit jantung sebelum masalah pada organ berkenaan dikesan.
“Memandangkan mereka meninggal sebelum dikesan atau menerima rawatan dialisis, kebanyakannya akan digolongkan sebagai meninggal akibat sakit jantung,” kata beliau.
Menurut beliau, ini jelas menunjukkan kesan berangkai antara masalah pada buah pinggang dengan masalah organ lain, terutamanya jantung.
Tambahnya, ini lebih membimbangkan kerana 90 peratus pesakit CKD di seluruh dunia belum dikesan, terutamanya di negara membangun.
Dr. Chwee Choon memaklumkan kos untuk setiap sesi dialisis adalah antara RM150 hingga RM200 tetapi pesakit akan memerlukan tiga kali rawatan setiap minggu.
“Kos ini berkurangan sedikit di pusat dialisis badan bukan kerajaan (NGO) yang menerima subsidi kerajaan, antara RM50 hingga RM60 untuk setiap sesi.
“Anggaran kasar kos operasi tahunan untuk rawatan pesakit sahaja adalah antara RM100 juta hingga RM200 juta,” jelasnya.
Beliau bagaimanapun menyatakan kos penyakit buah pinggang bukan hanya dari segi kewangan malahan penderitaan yang terpaksa ditanggung pesakit.

Wednesday, March 5, 2008

Madah



Menanti esok fajar menyinsing..
Fajar esok, pasti tiba untuk kita,
membawa bersama penawar segala

kerinduan, untuk menyingkir segala kesunyian...



Kesunyian itu adalah..
Suatu anugerah pada sekeping hati yang kesepian.
Suatu ketabahan pada jiwa yang kelukaan.
Suatu penyiksaan pada penantian kasih abadi...


Kiranya ada tercalar dihati,
kiranya ada tercalar di kata,
buat kenangan akhirnya,
sambutlah kasihku yang tulus,
kerana aku amat menyintaimu.

Teman...
Moga dianugerahkan pada kita suatu harapan yang pasti..
Limpahkan kasihmu padaku,
Curahkan sayangmu dijiwaku..

kasih,kupohon padamu..
Kuharap daripadamu..
Lontarkan aku..
Secebis harapan, sekelumit kasih..
untuk kuubati kelukaan lalu...


Kasih...
sudikah kiranya kau hamparkan
padaku saujana harapan untuk mengecapi
setitis kebahagian, dan sekelumit rasa sayang...

Cinta adalah.. .
sebuah anugerah nukilan jiwa,
Manis hadirnya pengubat lara,
Penyeri asyik disanubari, berpaut ditangkai hati.

Cinta sejati ....
Tak bertambah dengan kebaikan,
Tak bertambah dengan kekayaan,
Tak berkurang dengan keburukan,
Tak berkurang dengan kemiskinan,
Tak pernah terancam,
Tak pernah curiga.

Teman.....
Redup tatapanku adalah luahan kasih..
Tajam renunganku adalah ucapan dendam..
Jernih sinarku adalah kalimat harapan...








Kasih Sejati


:: Adakah Cinta Memerlukan Sebab?? ::

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami.
Ini dialog mereka;

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya?
Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.


Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata; "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara Yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma...
Si suami amat sedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini;

"Sayang!! Jika disebabkan suara aku mencintai mu...Sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan,aku mencintai mu... Sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.. Jika disebabkan Senyuman aku mencintai mu...Sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.. Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu.. Sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu...

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang... Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak!! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta ini tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan dipegang... Namun begitu... ia boleh dirasai dalam sudut hati yang betul-betul ikhlas."









Thursday, February 21, 2008

Cinta, Cinta, Cinta.......


Hilang dalam kata-kata...
Sirna dalam seribu bahasa...
Mana mendahului, mana menyusuli...
Serupa, semua terhampar dalam satu rasa...

Padamu....
Yang diriku rasa dipunyai...
Tulusmu...

Yang melayari dalam setiap dasah nafas niatmu...

Terima kasih...
Pada setiamu disisi menemani ('',)


komen...